9 Januari 2015

Sudah 2015, sayang

Jika hati bisa menulis, terlalu banyak yang ingin dikarangkan.
Tapi kadang-kadang hati, minda dan jari tak bisa bekerjasama.
Sebab dalam dunia ni, bukan semua benda yang kita boleh arah untuk kepuasan sendiri.
Tapi aku tak rasa itu untuk kepuasan, sebab semua yang aku minta itu ada sebabnya.
Kau tahu itu, bukan?

Sudah 2015, sayang. Dan kita masih lagi tersesat dalam rindu.
Kita masih berangan-angan membina bahagia kita.
Kita masih bertekak di malam hari tentang perkara yang sama, tentang janji yang tak dikotai. Bukan aku mahu mengeluh, tapi terkadang kesilapan yang dilakukan, harus diperbetulkan.
Aku bukan perempuan yang bisa gagah sentiasa, mengiyakan saja apa yang berlaku. Aku ingin sekali memperbuat apa yang aku mahu sehingga aku dapat. Jika tidak pun, aku akan merasa puas sedikit.

Bezanya kita pada watak kita, sayang.
Sampainya terkadang aku juga sesat mencari perwatakan dan cara mu.
Tapi selalu aku mintakan pada tuhan, semoga jodoh ini panjang.
Supaya kita dapat sama-sama berkasih dalam syurgaNya.

Amin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan