22 Disember 2015

Jarang aku rindu orang. Rasanya aku perempuan ego yang paling susah nak rindukan orang.

Kalau iye pun aku pernah cakap rindu, mungkin sebab aku ada kepentingan sendiri.
Atau sekadar menjaga hati.

Tapi itu tak bermaksud aku tak pernah merasa rindu.
Bagi aku, sebaik-baik rindu itu biarlah yang tidak diluah.
Kau simpan je. Because nothing you can do bout it.

Tapi dua orang kanak-kanak ni, entah kenapa.
Lain macam betul aku rasa. Selalu aku kalah.
Selalu ego aku hilang.

Rindu yang paling sakit bagi aku, bila rindu dan dia sudah tiada.

Even kalau kau break dengan someone, ex kau still ada atas dunia ni.
You can text him saying that you miss him.

Tapi rindu aku untuk dua orang ni, aku simpan jauh dalam hati.

Adik zira.
Kakak ara.

Janji, tunggu kita.
Just tunggu.

I miss you.
Al-Fatihah.

2 September 2015

Laut

Bagi aku, laut adalah perjalanan.

Dalam imaginasi satu hari yang cuma punya 24 jam, hanya suku saja dari masa yang diguna untuk buat perkara yang berguna. Dan aku boleh cakap yang selebihnya dari itu kita guna untuk perkara yang langsung sia-sia. 

Bagi aku, laut adalah ketenangan.

Suatu perasaan yang sedang berkelodak, bilamana hati dan jiwa kau bertelagah akan sesuatu perkara yang kau rasakan penting buat diri, bilamana kau tak mampu berfikir dan mencari jalan/ hikmah atas situasi yang sedang kau lalui, maka pinggir-pinggir laut adalah tempat yang seharusnya kau pergi.

Bagi aku, aku suka laut.

Seharian dari masa kau diisi dengan kesibukan dunia, kerja, personal. Dari kepenatan otak hingga ke kaki cukup alasan untuk buat aku sentiasa buat muka tebal dan baringkan diri sambil dihidang dengan pandangan laut yang luas depan mata aku.

Untuk seorang perempuan yang tak cukup kuat,
Bersahabatlah dengan laut. Bicara lah pada dia. 
Aku boleh jamin, dia akan menjadi pendengar yang sangat setia.

Di saat-saat kau sedang mencari "sesuatu" jauh di dalam sana, dan tiba-tiba angin menerpa.
Kau faham tak rasa dia macam mana? Dapat?


ps: Macam Izzah, kan?