22 Disember 2015

Jarang aku rindu orang. Rasanya aku perempuan ego yang paling susah nak rindukan orang.

Kalau iye pun aku pernah cakap rindu, mungkin sebab aku ada kepentingan sendiri.
Atau sekadar menjaga hati.

Tapi itu tak bermaksud aku tak pernah merasa rindu.
Bagi aku, sebaik-baik rindu itu biarlah yang tidak diluah.
Kau simpan je. Because nothing you can do bout it.

Tapi dua orang kanak-kanak ni, entah kenapa.
Lain macam betul aku rasa. Selalu aku kalah.
Selalu ego aku hilang.

Rindu yang paling sakit bagi aku, bila rindu dan dia sudah tiada.

Even kalau kau break dengan someone, ex kau still ada atas dunia ni.
You can text him saying that you miss him.

Tapi rindu aku untuk dua orang ni, aku simpan jauh dalam hati.

Adik zira.
Kakak ara.

Janji, tunggu kita.
Just tunggu.

I miss you.
Al-Fatihah.